Serahan Memorandum Tukar Laluan LRT

Hari ini, selepas solat Jumaat, telah diadakan serahan memorandum bantahan cadangan laluan LRT Kelana Jaya Line ke Putra Heights. Serahan memorandum telah dilakukan oleh wakil-wakil Persatuan Penduduk Subang Alam, Putra Heights dan Taman Bunga Negara kepada YB ADUN Sri Muda, Tuan Shuhaimi Shafiei di perkarangan Masjid Al-Munawwarah.

Berikut adalah petikan memorandum yang ditandatangani penduduk:


BANTAHAN KEPADA CADANGAN SAMBUNGAN LALUAN LRT KE SUBANG JAYA

MENGENAI CADANGAN SAMBUNGAN LALUAN LRT KE SUBANG JAYA

Dari stesen Kelana Jaya, aliran baru laluan LRT akan menuju ke Subang Jaya. Stesen hentian pertama di Subang Jaya adalah berdekatan Stesen KTM Komuter. Laluan ini kemudiannya menyusuli Jalan Jengka di Subang Jaya dan Persiaran Kewajipan di USJ menuju ke Putra Heights.

Kerja pembinaan dijangka bermula pada 2010 dan dijangka siap pada 2013.

Maklumat mengenai cadangan laluan LRT kini dipamerkan di MPSJ dan MBSA.

Maklum balas anda akan membantu pasukan [Task Force] pejabat ADUN Sri Muda menyediakan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada Jabatan Kereta Api Malaysia dan Syarikat Prasarana Negara Berhad.

BANTAHAN

"Saya mahu cadangan sambungan laluan LRT Kelana Jaya menuju ke Taman Alam Megah, Shah Alam untuk memberi kemudahan kepada komuniti di sini yang mengalu-alukan perkhidmatan ini. Saya tidak setuju dengan jajaran yang dicadangkan Syarikat Prasarana Negara Berhad iaitu stesen 11 dan stesen 12 laluan ini ditempatkan di Putra Heights".




From Serahan Memorandum Pertukaran Laluan LRT


Untuk lebih banyak gambar, sila klik di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Serahan Memorandum Tukar Laluan LRT"

Catat Ulasan