Selamat datang!

Selamat datang ke blog ahli majlis [MPP] Zon 10 MBSA! Saya, Kamarudzaman Sanusi ahli majlis zon 10 sedia berkhidmat untuk anda. Untuk pengetahuan, zon 10 merangkumi Seksyen 26, 27, dan 28 kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam [MBSA].

Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya blog ini berjaya dipublish pada hari ini, 6 Disember 2009. Besar kiranya harapan saya agar blog ini dapat menjadi wadah penghubung antara saya dan masyarakat zon 10 khasnya dan seluruh warga komuniti Shah Alam amnya.

Antara features yang disediakan dalam blog MPP Zon 10 ini ialah pautan-pautan ke laman-laman tertentu, tagboard untuk memudahkan orang ramai berinteraksi dengan saya, serta kalendar aktiviti saya yang terletak di bahagian bawah blog ini.

Diharapkan agar warga Zon 10, warga Shah Alam, dan sesiapa sahaja yang melawati blog ini dapat menggunakan semua features ini secara optimum. InsyaAllah, blog ini akan sentiasa dikemaskinikan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Semoga kita berjumpa lagi!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Selamat datang!"

Catat Ulasan