Aktiviti Mengecat Dewan MBSA

Tarikh: 30 Januari 2010 [Sabtu]

Masa: 8 pagi - 5 petang

Tempat: Dewan MBSA 27A, Jalan Sg. Gapis 27/71, Seksyen 27, 40400 Shah Alam

Aktiviti: Mengecat dewan

Aktiviti mengecat dewan ini telah dilakukan oleh para pelajar dari Management & Science University(MSU) Shah Alam diiringi pensyarah mereka Prof. Hamidah Marsono secara sukarela. Sebagai membalas jasa mereka, pihak MPP Zon 10 telah berbesar hati memberi sedikit sumbangan untuk menambah dana bagi aktiviti-aktiviti mereka yang akan datang.




Gambar-gambar dipetik dari: Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat MBSA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Majlis Kesyukuran Pasar Malam Seksyen 28

Tarikh: 28 Januari 2010 [Khamis]

Masa: 12.30 tengahari

Tempat: Dewan MBSA Seksyen 27

MajlisMajlis Kesyukuran Pasar Malam Seksyen 28

Majlis ini telah dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Bertindak Pasar Malam Seksyen 28 (Bahagian Makanan) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 10.

Para peniaga tersebut sebelum ini mengalami kerugian semenjak bertukar ke tapak baru berhadapan Persiaran Sepang kerana kedudukan gerai yang tidak strategik.

Wakil para peniaga tersebut, En. Md. Kolil b. Marijo (Pengerusi AJK Bertindak Pasar Malam Seksyen 28) telah berjumpa dengan Tuan Kamarudzaman (Pengerusi MPP Zon 10) bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah masalah tersebut berjaya diatasi dan para peniaga mendapat hasil jualan yang lebih baik berbanding sebelum ini, AJK Bertindak Pasar Malam Seksyen 28 telah mengadakan Majlis Kesyukuran bagi berterima kasih kepada Tuan Kamarudzaman.





Gambar-gambar dipetik dari: Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat MBSA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Program Kembali ke Sekolah

Tarikh : 3 Januari 2010
Tempat : Dewan MBSA 27A, Jalan Sg. Gapis 27/71,
Seksyen 27, Shah Alam.
Program: Kembali ke Sekolah

Majlis ini telah diadakan bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan keluarga yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak ke sekolah. Program ini juga adalah satu kerjasama dengan Kerajaan Negeri yang telah menaja beg-beg sekolah untuk disampaikan kepada anak-anak di kawasan MPP Zon 10.

Anak-anak yang telah menyertai program ini adalah seramai 100 orang iaitu mereka yang tergolong dalam kategori keluarga miskin bandar dan anak-anak yatim.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS