Majlis Jasamu Dikenang

Tarikh: 27 Disember 2009

Tempat: Restoran Asiari, SACC Mall

Majlis: Jasamu Dikenang- AJK MPP Zon 10

Majlis Jasamu Dikenang AJK MPP Zon 10 telah diadakan pada 27 Disember 2009 bertempat di Restoran Asiari, SACC Mall, Shah Alam bermula jam 8.00 malam.

Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa Ahli Jawatankuasa MPP Sesi 2008-2009 yang telah berusaha menggiatkan aktiviti MPP, memberi pandangan yang bernas bagi mengatasi masalah penduduk dan sentiasa prihatin dengan masalah di kawasan MPP Zon 10.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pertandingan Bowling MPP Zon 10

Tarikh: 23 Disember 2009

Tempat: Ole-Ole Superbowl, Seksyen 18

Acara: Pertandingan Boling MPP Zon 10

Pertandingan ini telah diadakan pada 23 Disember 2009 di Ole-Ole Super Bowl, Seksyen 18, Shah Alam dan bermula pada jam 8.00 malam.

Pertandingan ini diadakan bagi menaikkan semangat kesukanan penduduk-penduduk di kawasan MPP Zon 10 disamping mengeratkan lagi tali silaturahim antara penduduk dengan pihak MPP.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Serahan Memorandum Tukar Laluan LRT

Hari ini, selepas solat Jumaat, telah diadakan serahan memorandum bantahan cadangan laluan LRT Kelana Jaya Line ke Putra Heights. Serahan memorandum telah dilakukan oleh wakil-wakil Persatuan Penduduk Subang Alam, Putra Heights dan Taman Bunga Negara kepada YB ADUN Sri Muda, Tuan Shuhaimi Shafiei di perkarangan Masjid Al-Munawwarah.

Berikut adalah petikan memorandum yang ditandatangani penduduk:


BANTAHAN KEPADA CADANGAN SAMBUNGAN LALUAN LRT KE SUBANG JAYA

MENGENAI CADANGAN SAMBUNGAN LALUAN LRT KE SUBANG JAYA

Dari stesen Kelana Jaya, aliran baru laluan LRT akan menuju ke Subang Jaya. Stesen hentian pertama di Subang Jaya adalah berdekatan Stesen KTM Komuter. Laluan ini kemudiannya menyusuli Jalan Jengka di Subang Jaya dan Persiaran Kewajipan di USJ menuju ke Putra Heights.

Kerja pembinaan dijangka bermula pada 2010 dan dijangka siap pada 2013.

Maklumat mengenai cadangan laluan LRT kini dipamerkan di MPSJ dan MBSA.

Maklum balas anda akan membantu pasukan [Task Force] pejabat ADUN Sri Muda menyediakan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada Jabatan Kereta Api Malaysia dan Syarikat Prasarana Negara Berhad.

BANTAHAN

"Saya mahu cadangan sambungan laluan LRT Kelana Jaya menuju ke Taman Alam Megah, Shah Alam untuk memberi kemudahan kepada komuniti di sini yang mengalu-alukan perkhidmatan ini. Saya tidak setuju dengan jajaran yang dicadangkan Syarikat Prasarana Negara Berhad iaitu stesen 11 dan stesen 12 laluan ini ditempatkan di Putra Heights".




From Serahan Memorandum Pertukaran Laluan LRT


Untuk lebih banyak gambar, sila klik di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Berkhatan Beramai-ramai

Tarikh: 6 Disember 2009 [Ahad]
Tempat: Dewan MBSA 27A, Seksyen 27, Shah Alam
Program: Majlis Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Sekolah
Anjuran: MPP Zon 10, MBSA











From Collages


Sila klik di sini untuk lebih banyak gambar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Selamat datang!

Selamat datang ke blog ahli majlis [MPP] Zon 10 MBSA! Saya, Kamarudzaman Sanusi ahli majlis zon 10 sedia berkhidmat untuk anda. Untuk pengetahuan, zon 10 merangkumi Seksyen 26, 27, dan 28 kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam [MBSA].

Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya blog ini berjaya dipublish pada hari ini, 6 Disember 2009. Besar kiranya harapan saya agar blog ini dapat menjadi wadah penghubung antara saya dan masyarakat zon 10 khasnya dan seluruh warga komuniti Shah Alam amnya.

Antara features yang disediakan dalam blog MPP Zon 10 ini ialah pautan-pautan ke laman-laman tertentu, tagboard untuk memudahkan orang ramai berinteraksi dengan saya, serta kalendar aktiviti saya yang terletak di bahagian bawah blog ini.

Diharapkan agar warga Zon 10, warga Shah Alam, dan sesiapa sahaja yang melawati blog ini dapat menggunakan semua features ini secara optimum. InsyaAllah, blog ini akan sentiasa dikemaskinikan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Semoga kita berjumpa lagi!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Majlis Mesra MPP bersama Balai Polis Komuniti Alam Megah

Tarikh: 2 Disember 2009

Tempat: Balai Polis Komuniti Alam Megah

Majlis Mesra MPP bersama Balai Polis Komuniti Alam Megah telah diadakan pada 2 Disember 2009 di Balai Polis Komuniti Alam Megah pada jam 8.00 malam.

Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim serta mengenali dengan lebih rapat anggota-anggota balai yang sentiasa menjaga keselamatan penduduk setempat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS