Majlis Kesyukuran Pasar Malam Seksyen 28

Tarikh: 28 Januari 2010 [Khamis]

Masa: 12.30 tengahari

Tempat: Dewan MBSA Seksyen 27

MajlisMajlis Kesyukuran Pasar Malam Seksyen 28

Majlis ini telah dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Bertindak Pasar Malam Seksyen 28 (Bahagian Makanan) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 10.

Para peniaga tersebut sebelum ini mengalami kerugian semenjak bertukar ke tapak baru berhadapan Persiaran Sepang kerana kedudukan gerai yang tidak strategik.

Wakil para peniaga tersebut, En. Md. Kolil b. Marijo (Pengerusi AJK Bertindak Pasar Malam Seksyen 28) telah berjumpa dengan Tuan Kamarudzaman (Pengerusi MPP Zon 10) bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah masalah tersebut berjaya diatasi dan para peniaga mendapat hasil jualan yang lebih baik berbanding sebelum ini, AJK Bertindak Pasar Malam Seksyen 28 telah mengadakan Majlis Kesyukuran bagi berterima kasih kepada Tuan Kamarudzaman.





Gambar-gambar dipetik dari: Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat MBSA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Majlis Kesyukuran Pasar Malam Seksyen 28"

Catat Ulasan